PENGENALAN

Ahad, 20 Mac 2011

Pokok mahkota dewa atau nama saintifiknya "phalenia macrocarpa" tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan pokok herba yang lain seperti mengkudu, tongkat ali, cendawan merah, dan  lain-lain. Pohon ini berasal dari Papua/Irian Jaya.

Mengetahui khasiat tumbuhan ini, mungkin anda segera berminat menanamnya ataupun memiliki buahnya. Betapa tidak. tanaman ini ternyata punya khasiat luar biasa. Ia mampu menyembuhkan gangguan kesihatan dari yang rungan hingga yang berat.

Rahsia dan khasiat yang terkandung di sebalik pokok herba ini adalah setanding dengan tumbuhan-tumbuhan herba lain sehingga diberi jolokan nama "God's Forbidden Tree" (Pohon Dewa Terlarang) untuk pohonnya dan "God's Forbidden Fruit" (Buah Dewa Terlarang) untuk buahnya sehinggalah dikenali secara amnya sebagai "God's Crown" iaitu Mahkota Dewa.

Malah, sewaktu perang di antara Belanda dan Indonesia, telah diceritakan oleh golongan yang lanjut usia di Indoneasia, pohon-pohon tersebut telah dimusnahkan oleh tentera Belanda kerana didakwa memberi kekuatan luar biasa kepada askar Indonesia.

Di Indonesia, pokok mahkota dewa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah buah pinggang, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain. Berdasarkan pengalaman beberapa orang yang mengamalkannya, tanaman ini mampu melawan termasuk dari penyakit pada organ hati atau jantung, hipertensi, rematik, serta urat saraf.

Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
  • Alkoid, bersifat detokfikasi yang dapat meneutralisasi racun di dalam tubuh
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai:
    • sumber anti bakteria dan anti virus 
    • meningkatkan sistem kekebalan tubuh 
    • meningkatkan vitalitasasi 
    • mengurangi kadar gula dalam darah 
    • mengurangi penggumpalan darah
  • Flavanoid 
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
    • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangi kadar risiko penyakit koroner jantung
    • mengandungi antiinflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
  • Polifenol berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)

Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting. Untuk mengolahnya menjadi ubat adalah sangat mudah. Cuma dengan merendam teh racik dibuat dari kulit dan isi buah yang dikeringkan dahulu untuk membuang getahnya, juga daunnya, maka ubat alami ini pun bolehlah digunakan. 

Di Jawa Tengah dan Jogjakarta, tanaman ini terkenal dengan jolokan nama makota dewa, makhota raja, atau makota ratu. Orang Banten menyebutnya raja ubat, karena khasiatnya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Sementara, orang-orang dari etnik Cina menamainya "Pau" yang ertinya Ubat Pusaka.

Maka dengan itu kami telah memulakan langkah untuk menanam secara komersial  di Seberang Prai, Pulau Pinag yang bermula ditanam di lot tanah 125 pada tahun ini (Mac 2011). Pokok ini akan mengambil masa sembilan bulan untuk berbuah dan bermula dari akar, batang, daun, ranting dan buahnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia amat terkenal di Indonesia dengan kemujaraban untuk mengurangkan suhu badan yang meningkat akibat demam.

Bagi yang ingin membeli anak pokok untuk tanah anda ataupun untuk dijadikan pohon hiasan halaman rumah, kami menawarkan bukan sahaja anak pokok malah buah dan daun untuk produk herba anda. Bagi yang ingin memiliki anak pokok, kuantiti paling minima adalah 100 pokok dan buah adalah 1 kg. Bagi  daun, kuantiti minima akan diberitahu kelak didalam blog ini.

Bagi yang ingin membeli buah ataupun daun, silalah hubungi kami kerana fasa pertama penananaman telah bermula dan dijangka akan berbuah pada bulan September 2011. Anda boleh menghubungi kami di talian 012-4483033 (Yusrizal) atau 019-4544267 (Ishak) untuk tempahan awal atau ingin melawat ke tapak tanaman.

Untuk makluman, pohon-pohon yang kami tanam tidak menggunakan bahan kimia (baja, racun serangga, racun rumpai, racun kulat atau seumpanaya). Kesemua racun atau baja ini telah digantikan dengan bahan organik dan semulajadi.

0 comments:

Catat Ulasan